Gambaran keseluruhan Toyota Corolla Cross

Corolla Cross ialah crossover kedua Toyota yang dibina menggunakan platform GA-C,menyusuli pelancaran C-HR yang lebih kecil pada tahun 2016. Kenderaan ini berkongsi jarak roda yang sama dengan C-HR iaitu 2,640 mm (103.9 in) , tetapi mempunyai badan yang lebih besar bagi mengutamakan ruang dalaman dan kepraktisan. [10] Bagi model pacuan roda hadapan (FWD), ia dilengkapi dengan suspensi hadapan MacPherson. Suspensi belakangnya tidak sama seperti Corolla Biasa dan C-HR yang menggunakan suspensi belakang bebas namun ia menggunakan suspensi torsion beam bagi menjimatkan ruang dalaman dan kos,[11] manakala model pacuan semua roda (AWD) masih disertakan dengan suspensi belakang bebas. Pembangunan diketuai oleh ketua jurutera Daizo Kameyama.[12]

Bahagian dalamannya sama seperti Corolla Biasa, dengan beberapa perubahan kecil.[13] Toyota mendakwa model ini mempunyai ruang but sebanyak 487 L (17.2 ka3) jika dilengkapi dengan kit pembaikan tayar dan 440 L (16 ka3) dengan tayar ganti. [14]

Setakat Disember 2021[kemas kini], Corolla Cross dihasilkan di beberapa buah negara termasuk Jepun, Thailand, Taiwan, Brazil, Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Afrika Selatan.[15][16]

  • Corolla Cross Hybrid SEG 2021 (ZVG10, Colombia)
  • Corolla Cross Hybrid SEG 2021 (ZVG10, Colombia)
  • Bahagian dalaman

Rujukan

WikiPedia: Toyota Corolla Cross http://www.headlightmag.com/sales-report-subcompac... http://files.gaikindo.or.id/ http://www.kuozui.com.tw/eng/thecars.aspx https://www.caradvice.com.au/864340/toyota-corolla... https://www.carexpert.com.au/car-news/2023-toyota-... https://www.drive.com.au/news/2023-toyota-corolla-... https://www.news.com.au/technology/motoring/new-ca... https://www.autoo.com.br/emplacamentos/veiculos-ma... https://m.online.sh.cn/auto/content/2021-09/25/con... https://thescoop.co/2020/08/22/toyota-cross-makes-...